Gempak Betul Kapal Selam Korea Utara Ni!

732

Menurut salah seorang ahli parlimen Korea Selatan, Korea Utara sedang membina 2 kapal selam baru, yang salah satu daripadanya mampu  untuk menembak peluru berpandu balistik. Tambahnya lagi, Korea Utara mempunyai armada kapal selam yang besar tetapi hanya salah satu kapal selam eksperimental dikhabarkan mampu membawa peluru berpandu balistik.

Untuk pengetahuan semua, Korea Utara telah dikenakan sekatan Majlis Keselamatan PBB sejak tahun 2006 kerana program peluru berpandu nuklear dan balistiknya.

Sementara itu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden AS,Donald Trump telah bertemu sebanyak 3 kali sejak 2018, tetapi gagal mencapai kesepakatan terhadap permintaan AS agar Pyongyang melepaskan senjata nuklearnya dan tuntutan Korea Utara untuk menghentikan sekatan.

Pada bulan Julai 2019, sebuah laporan telah mendedahkan bahawa Kim memeriksa kapal selam besar yang baru dibina. Walaupun Korea Utara tidak menggambarkan sistem senjata kapal selam itu, para penganalisis mengatakan bahawa ukuran kapal yang jelas menunjukkan kapal itu dirancang untuk membawa peluru berpandu.

Manakala pada akhir tahun itu, Korea Utara mendakwa bahawa mereka telah berjaya menguji SLBM baru dari laut, dan bulan lalu ia mempamerkan reka bentuk SLBM baru semasa perarakan ketenteraan di Pyongyang.

Selain itu, hasrat pemimpin negara berkenaan untuk melancarkan senjata strategik baru tahun ini juga menimbulkan spekulasi bahawa Korea Utara akan segera menggunakan kapal selam peluru berpandu balistik mereka.

Di samping itu, Korea Utara telah melancarkan sebanyak 76 peluru berpandu balistik yang terdiri daripada 9 jenis pada perarakan tentera pada 10 Oktober, yang mempamerkan senjata jarak jauh negara itu untuk pertama kalinya dalam tempoh 2 tahun. Tambahan daripada itu, senjata yang dipamerkan tahun ini adalah yang terbesar dari perbarisan ketenteraan pada masa lalu.

Bukan itu sahaja! Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa Kim telah memerintahkan agar siasatan dijalankan terhadap pasukan Korea Utara yang menembak mati seorang pegawai perikanan Korea Selatan yang hilang pada akhir September.

Berikutan dengan insiden tersebut, Korea Utara minggu lalu mendedahkan bahawa penembakan lelaki Korea Selatan di perairannya adalah tindakan mempertahankan diri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat