Terkini! Binance Umum Kad Kripto Untuk Pelarian Ukraine

287

Bursa pertukaran kripto Binance baru sahaja mengumumkan pelancaran kad kripto untuk pelarian warga Ukraine yang terpaksa berpindah ke negara Eropah berikutan peperangan berterusan di beberapa wilayah Ukraine.

Kad kripto tersebut akan membenarkan pengguna Binance sedia ada mahupun yang baru untuk menerima pembayaran kripto dan membuat pembayaran di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) yang menerima ciri-ciri tersebut.

Dalam kenyataan akhbar pada 26 April, Binance mengumumkan pengenalan Kad Kripto kepada pelarian Ukraine yang direalisasikan dengan kerjasama bersama syarikat Contis yang merupakan platform perkhidmatan perbankan. Tawaran ini adalah sebagai inisiatif yang memudahkan pelaraian warga Ukraine untuk membeli barangan menggunakan mata wang kripto di kedai runcit yang mesra kripto. Kad ini tersedia dalam kedua-dua format iaitu maya dan fizikal.

Helei Hai, yang merupakan pengerusi Badan Amal Binance percaya bahawa mata wang kripto adalah sangat berguna pada masa-masa yang sukar kerana ia membolehkan pengguna untuk melakukan pemindahan dana dalam masa yang pantas, murah dan selamat. Bukan itu sahaja ia turut membantu orang ramai yang memerlukan keperluan kewangan mendesak.

Kirill Khomyakov, Pengurus Besar Binance di Ukraine, berkata keadaan  di Ukraine adalah kritikal  kerana lebih daripada 4 juta orang telah meninggalkan negara itu. Rakyat Ukraine yang melarikan diri ke Eropah berhadapan dengan masalah kewangan.

Lanjut beliau, adalah menjadi tanggungjawab Binance untuk membantu orang ramai yang terkesan akibat peperangan. Bukan itu sahaja, Kad Pelarian Binance akan membolehkan rakyat Ukraine mendapatkan bantuan daripada Binance dan juga organisasi amal lain.

Dalam masa yang sama, Binance Charity turut bekerjasama dengan NGO seperti Rotary dan Palianytsia untuk menawarkan bantuan tunai berasaskan kripto melalui Kad Kripto Pelarian. Ia membolehkan saudara-mara atau kenalan Ukraine yang berpindah ke Eropah untuk menghantar kripto ke kad tersebut.

Pelarian Ukraine akan menerima 75 BUSD, bernilai hampir AS$75, sebulan selama tiga bulan. Mata wang kripto BUSD akan ditukar secara automatik kepada mata wang tempatan semasa pembayaran. Kad Kripto Pelarian Binance adalah percuma namun pengesahan KYC penuh tetap diperlukan.

Bursa Kripto Binance turut menjanjikan sokongan berterusan kepada Ukraine semasa berlakunya peperangan. Melalui Badan Amal Binance, Binance telah menderma $10 juta bagi membantu kanak-kanak dan keluarga yang kehilangan tempat tinggal di Ukraine dan negara jiran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat