Genesis Mangsa Bankrap Minggu Ini!

289

“Kalau minggu ni Genesis, agaknya minggu depan siapa pula?”

Ditubuhkan oleh syarikat Digital Currency Group (DCG), platform mata wang kripto Genesis Global yang mengalami kekurangan aset kecairan bakal memfailkan kebankrapan sekiranya tidak dapat mengumpul dana dalam tempoh ditetapkan.

Kembar Winklevoss yang merupakan pemberi pinjaman kepada Genesis telah bersetuju dengan pemfailan bankrap tersebut, di mana kembar itu akan menerima semula bayaran tunai daripada saham Genesis dan DCG.

Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter sebelum ini didapati mendakwa pengasas DCG Barry Silbert dan co-founder Gemini Cameron Winklevoss telah melakukan penipuan dalam kewangan.

Rentetan itu, bekas CEO tersebut menuntut Silbert untuk meletak jawatannya susulan gagal menepati janji beliau untuk memulangkan semula dana pelanggan bernilai $900 juta.

DCG setakat ini dilaporkan menghantar surat kepada para pemegang saham bagi memaklumkan bahawa mereka akan hentikan pembayaran dividen suku tahunan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk pulihkan modal.

Sebagai rekod, DCG dimaklumkan telah menghadapi tekanan kewangan selepas Three Arrows Capital (3AC) musnah manakala krisis FTX pula akibatkan Genesis menghentikan proses pengeluaran susulan terdapat sebahagian wang tunainya disimpan dalam syarikat itu.

Dalam pada itu, Genesis Global kini sedang berada dalam proses untuk menyediakan petisyen kebankrapan yang berkemungkinan berlaku pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat