Geng Ikan Paus Bitcoin Ingin Tawan Pasaran Kripto Pada Tahun 2021!

1,656

Sejak tahun 2020, kita dapat lihat perkembangan crypto semakin menjadi mainstream setelah 2 tahun ia suram dalam kalangan masyarakat awam. Trend yang semakin meningkat itu diteruskan pada tahun 2021.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh firma statistik Glassnode, bilangan kumpulan ikan paus yang melabur Bitcoin telah meningkat lebih dari 200 sejak awal 2021. Glassnode, mengklasifikasikan ‘ikan paus’ seabgai akaun yang mempunyai bilangan bitcoin lebih daripada 1000 unit yang didagangkan pada harga semasa iaitu $ 37 juta secara keluruhan pegangan.

Bilangan ikan paus Bitcoin (pemegang lebih 1000 unit BTC) telah menunjukkan peningkatan ketara pada tahun ini selepas harga Bitcoin menunjukkan prestasi yang luar biasa pada bulan Disember dan Januari iaitu sehingga ke paras harga lebih $40,000 dolar seunit BTC.

Lebih daripada 200 entiti ikan paus baru muncul dalam rangkaian kripto. Ini menunjukkan bahawa institusi besar telah mula terbuka terhadap matawang kripto. Pada bulan Disember yang lalu, Glassnode telah melaporkan bahawa 78% bekalan bitcoin yang ada dalam pasaran adalah belum dicairkan.

Terkini harga Bitcoin telah mencatat paras harga hampir $38,000 seunit. Glassnode juga melaporkan bahawa aktiviti pertukaran matawang fiat juga sedang rancak berlaku di Coinbase dan kemudian disusuli oleh Binance sejak beberapa minggu terakhir.

Tamsilnya  matawang kripto semakin mendapat perhatian maasa. Kehadiran ikan paus yang semakin akan menyebabkan para pelabur perlu menyusun strategi dengan lebih cermat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat