‘Get Ready’ – Persetujuan Perjanjian Brexit Dapat Dicapai Dalam Masa Kurang Dari 2 Hari!

453

Negara-negara anggota Kesatuan Eropah telah mula membuat persiapan dengan menyiapkan prosedur untuk membuat perjanjian perdagangan baru dengan UK yang akan diguna pakai bermula 1 Januari.

Kedua-dua belah pihak sedang berusaha untuk merapatkan jurang bagi mengelakkan situasi ‘no deal’ yang di percayai akan meningkatkan risiko kedua-dua belah pihak selepas 31 Disember.

Setakat ini kedua-dua belah pihak masih lagi tersepit dalam isu yang menjadi perselisihan dan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan. Pada hari Rabu, pihak Britain mengatakan bahawa dua masalah penting yang menghambat persetujuan dalam perjanjian pasca Brexit ialah penangkapan ikan dan persaingan.

Namun semasa pertemuan dengan eksekutif EU, Suruhanjaya Eropah, yang mewakili 27 anggota negara EU dengan Britain, diplomat nasional di Brussels diberitahu untuk bersedia untuk pertemuan pada hari Khamis sekiranya ada kesepakatan. Menurut salah seorang diplomat EU, peluang untuk mencapai persetujuan adalah tinggi.

Dalam laporan akhbar The Sun, dilaporkan perjanjian perdagangan pasca Brexit berada dalam genggaman dan di capai pada hari ini atau esok. Perunding Britain dan EU berharap dapat bersetuju dalam perjanjian bertulis yang berjumlah 2,000 halaman tersebut.

Para pelabur memberi lebih tumpuan dalam isu ini dengan meneliti perkembangan Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat