Gila! Moderna Rancang Nak Sembuhkan Semua Penyakit Di Dunia

498

‘Biasanya dalam cerita Barat, orang yang gila nak sembuhkan semua penyakit ni lah punca fenomena zombie terjadi.’

Moderna Inc sedang membangunkan dan memulakan ujian vaksin bagi merawat 15 virus yang paling membimbangkan dunia menjelang 2025.

Menurut sumber, syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu sedang menghantar teknologi RNA (mRNA) tersedia kepada para penyelidik yang sedang mengusahakan vaksin baharu, dan meninggalkan program vaksinasi mRNA Access yang ditubuhnya.

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh pihak Moderna semasa persidangan Global Pandemic Preparedness Summit yang ditaja oleh kerajaan United Kingdom (UK) dan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI), sebuah gabungan antarabangsa yang ditubuhkan lima tahun lalu untuk menghadapi ancaman penyakit pada masa hadapan.

Moderna juga berkata mereka sedang bekerjasama dengan rakan kongsi lain, selain turut membuka peluang bagi rakan kongsi baru untuk membangunkan vaksin yang mampu melawan patogen-patogen berikut:

  • Chikungunya
  • Demam berdarah Crimean-Congo
  • Denggi
  • Ebola
  • Malaria
  • Marburg
  • Demam Lassa
  • MERS
  • COVID-19
  • Virus Nipah
  • HIV

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Moderna, Stephane Bancel berkata bahawa virus-virus tersebut adalah ancaman yang masih belum ditangani oleh pembuat ubat dunia.

Sebagai makluman, semasa awal pandemik Covid-19 melanda dunia, pihak Moderna telah berjanji untuk tidak mempatenkan vaksinnya.

Ekoran daripada itu, ia telah mendorong pembuatan vaskin di Afrika yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Afrigen Biologics berkembang sehingga membolehkan vaksin tersebut diberikan kepada negara miskin dan berpendapatan sederhana.

Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna Moderna berhasrat untuk berkongsi teknologi vaksinnya dengan hab pemindahan teknologi yang disokong WHO di Afrika Selatan, walaupun terdapat usaha melobi oleh organisasi itu.

Dalam pada itu, syarikat itu berkata ia akan menubuhkan kemudahan pembuatan di Kenya, yang pertama di Afrika, untuk menghasilkan vaksin mRNA bagi melawan COVID-19.

Ia adalah sebahagian daripada rancangan pandemik masa depan Moderna yang berhasrat untuk menyediakan teknologinya kepada makmal penyelidikan akademik, bagi menguji teori vaksin mereka untuk menangani penyakit yang baru muncul dan yang sedia ada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat