Giliran China Pula Membalas Serangan Tarif Terhadap Amerika Syarikat

656

Dagangan matawang Yuan China mencecah paras terendah baru untuk tahun 2019 pada sesi Asia hari ini sementara matawang safe-haven terus disokong oleh faktor perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang semakin tegang.

Yuan mencecah paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat sejak Disember selepas kedua-dua negara tersebut saling berbalas serangan tarif terhadap barangan masing-masing.

Terbaru, China merancang untuk mengenakan tarif yang lebih tinggi terhadap barangan Amerika Syarikat yang bernilai $60 bilion dolar, dalam ucapan Menteri Kewangan pada Isnin, sebagai tindakan balas terhadap Amerika Syarikat yang telah menaikkan kadar tarif pada Jumaat lalu.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam menyatakan beliau akan berjumpa Presiden China, Xi Jinping pada persidangan G20 di Jepun pada penghujung bulan hadapan.

Sebelum ini, China menyatakan mereka akan menaikkan kadar tarif terhadap barangan Amerika termasuk sayur sejukbeku dan gas asli cecair, susulan keputusan tindakan Washington minggu lalu yang berkeras menaikkan kadar tarif terbaru.

Pound Sterling masih didagangkan lemah pada permulaan dagangan minggu ini. Walaupun akhbar melaporkan parlimen British berkemungkinan akan mencapai kesepakatan dalam rundingan antara parti, namun keraguan yang melanda terus memberi tekanan buat matawang GBP mencari momentum kenaikannya semula.

Tumpuan bagi GBP pada hari ini adalah kepada laporan data pekerjaan yang akan dikeluarkan pada jam 4.30 petang ini. Bacaan data yang positif akan membantu menyokong kenaikan pada dagangan GBP dalam pasaran semasa.

Dalam sentimen pasaran yang terus kekal berisiko, matawang Yen dan Swiss franc terus mengambil peluang untuk mengukuh berikutan faktor kebimbangan pelabur yang beralih ke arah aset safe-haven.

Sementara, dolar Australia antara yang paling terkesan ekoran ketegangan perang dagang AS-China yang berlanjutan. Aussie terus mencatatkan penurunan pada permulaan dagangan minggu ini dan dijangka akan kekal lemah bergantung pada perubahan sentimen dalam pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat