Giliran Matawang Utama Pula Jatuh! Sentimen Risk-Off?

416

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie susut lebih rendah pada sesi Asia, gagal mengekalkan pengukuhan yang dicatatkan susulan data pekerjaan Australia yang kuat pada bulan Disember.

Pada sesi New York, pasaran Wall Street telah mencatat penyusutan menjelang akhir dagangan, di mana saham indeks Dow Jones susut lebih 300 mata dan S&P 500 ditutup di bawah paras 4,500 buat pertama kali sejak Oktober 2021.

Penurunan ini turut disusuli oleh mata wang utama lain seperti dolar kiwi, pound, euro dan loonie yang masing-masing menunjukkan penyusutan.

Hasil bon AS 10 tahun kekal stabil di sekitar paras ketinggian dua tahun walaupun sedikit susut pada 1.81%, yang memberi peluang buat mata wang yen untuk meningkat berbanding pesaing utama lain.

Peningkatan dalam hasil bon AS telah didorong oleh jangkaan pasaran bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengetatkan dasar monetari pada kadar lebih pantas yang dijangkakan pada bulan Mac.

Sementara US dolar juga stabil setelah mendapat kekuatan untuk meningkat pada sesi sebelumnya, dengan indeks dolar didagangkan pada 95.75 pada sesi Asia.

Pelabur kini lebih berhati-hati menjelang penutup dagangan minggu ini dan mesyuarat polisi FOMC pada minggu hadapan untuk penetapan dasar seterusnya.

Terdahulu, data tuntutan pengangguran yang dikeluarkan pada sesi New York menunjukkan bacaan meleset dari jangkaan untuk catatan 227,000 tuntutan, dengan peningkatan sebanyak 286,000 pada minggu lepas daripada 231,000 sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat