GOLD Analisa Fundamental Harian 10 Feb 2016

27

moshedfx-forex-malaysia-gold-008

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar $1,198.95/oz ke serendah $1,185.75/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,188.75/oz; setelah para pelabur mengambil keuntungan selepas pendakian drastik sejak awal bulan lalu. Di pasaran ekuiti, pelabur menjual saham bank di tengah-tengah kebimbangan bahawa pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dalam tempoh yang berlarutan, kejatuhan harga minyak dan kadar yang rendah akan bergabung untuk mendatangkan krisis di institusi kewangan terbesar dunia.

Kebimbangan pasaran global merebak ke Asia awal pagi semalam, menghantar pelabur bergegas kepada aset ‘safe-haven’ seperti bon kerajaan Jepun, di mana pulangan 10 tahun menjadi negatif buat kali pertama. Pada waktu rehat tengah hari Tokyo semalam, Indeks Nikkei 225 telah pun susut sekitar 5%. Penjualan itu datang terkesan daripada penurunan 1.1% di Indeks Dow Jones Industrial Average. Pasaran AS mendapat lantunan lewat dan mengecilkan penurunan Indeks Dow, tetapi banyak saham bank-bank besar AS ditutup rendah sekurang-kurangnya 4%, termasuk Goldman Sachs Group Inc. Morgan Stanley menurun 6.9%, manakala Citigroup Inc. jatuh 5.1%.

[adrotate group=”6″]

Persepsi bahawa kadar akan kekal rendah untuk lebih lama, kini mengisi penurunan mendadak dalam jangkaan terhadap keberuntungan bank-bank dan syarikat-syarikat yang berkaitan. Peningkatan kadar adalah baik untuk bank-bank, kerana ianya meningkatkan perbezaan antara caj yang dikenakan ke atas pinjaman dan “interest” yang mereka bayar untuk deposit dan pembiayaan lain. Walaupun prospek keuntungan bank telah lemah selama bertahun-tahun, kedatangan kadar negatif di Jepun telah membuka mata banyak pelabur. Ini menunjukkan kepada mereka bahawa pemulihan keuntungan bagi firma-firma kewangan mungkin hanya satu impian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat