GOLD Analisa Fundamental Harian 11 Mar 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-gold-012

Emas berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan pergerakan tidak melebihi $20/oz selepas pasaran komoditi tersebut dikejutkan dengan data NFP Jumaat lalu yang tidak mendorong pembelian baru emas.  Emas jatuh harga ke paras terendah dalam masa 3 bulan, selepas pasaran menjangka kenaikan “interest rate” AS bakal berlaku pada pertengahan tahun ini, apabila data NFP dan kadar pengangguran dilaporkan lebih baik dari jangkaan.

Ketika ini, pasaran menumpukan perhatian kepada sebarang petanda untuk sebarang kenyataan Feds dalam mesyuarat FOMC minggu depan.  Selain itu “retail sales” dan CPI Amerika Syarikat, juga bakal dinanti-nantikan demi untuk mendapat gambaran ekonomi sebenar.  Para pegawai Feds juga diberitakan mahu presiden Feds Janet Yellen, lebih terbuka dan tepat dalam menggambarkan tentang ekonomi Amerika Syarikat.

Di pasaran Eropah, pasaran masih lagi hangat dengan krisis ‘Grexit’.  Kali ini spekulasi berleluasa mengatakan kemungkinan untuk Greece jatuh bangkrap dan keluar dari Euro-Zone; semakin cerah; ekoran perincian rancangan reformasi Greece yang dilihat tidak begitu memuaskan hati para pegawai ECB.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat