GOLD Analisa Fundamental Harian 13 Oct 2015

28

moshedfx-forex-malaysia-gold-005

Harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam tujuh minggu Isnin semalam, apabila memacu naik lebih $13.50/oz ke paras tertinggi harian sekitar $1,169/oz sebelum menutup sekitar paras $1,163.65/oz; setelah disokong oleh dolar yang lebih lemah dan jangkaan Federal Reserve tidak akan menaikkan kadar Amerika Syarikat pada tahun ini. Dolar berada pada paras hampir tiga minggu terendah.

Logam emas mendapat 1.6% kenaikan pada sesi sebelumnya selepas beberapa minit dari mesyuarat dasar FOMC bulan September, menunjukkan bahawa bank pusat AS amat berhati-hati dalam mengetatkan dasar monetari.  Pasaran Amerika Syarikat juga ditutup semalam untuk bercuti sempena “Hari Columbus”.

[adrotate group=”6″]

Namun, pelabur dilihat berminat untuk data AS terhadap inflasi, jualan runcit dan pengeluaran perindustrian pada lewat minggu ini. “Kami tidak menjangkakan data ekonomi AS yang sangat optimis,” kata Howie Lee, seorang penganalisis di Phillip Futures.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat