GOLD Analisa Fundamental Harian 14 Sep 2015

50

moshedfx-forex-malaysia-gold-001

Harga emas susut $13.30/oz untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,098.80 sebelum menutup sekitar paras $1107.70; setelah para pelabur terus bimbang mengenai masa kenaikan kadar AS yang bakal ditentukan dalam mensyuarat FOMC minggu ini.  “Adalah sukar untuk terlalu bersemangat tentang emas pada masa ini,” kata penganalisis HSBC James Steel. “Kita mungkin melihat dagangan ‘sideway’ sehingga mesyuarat FOMC,” tambah beliau lagi.

Permintaan emas fizikal, yang telah memberikan sedikit sokongan kepada harga, boleh meningkat jika emas jatuh di bawah $1,100/oz, menurut James lagi. Pedagang menunggu kenyataan dasar Federal Reserve AS pada 17 September ini, bagi petunjuk kepada masa kenaikan kadar AS, sebelum mengambil apa-apa pegangan besar dalam emas.

[adrotate group=”6″]

Jongkong emas telah mendapat manfaat dalam tahun-tahun kebelakangan ini daripada kadar AS yang sangat rendah, kerana ianya menyebabkan kos pegangan yang rendah ekoran emas yang disebutharga dalam dolar. Tetapi jangkaan bahawa kadar akan meningkat tidak lama lagi, telah menolak logam ini turun 6% sepanjang tahun ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat