GOLD Analisa Fundamental Harian 15 Apr 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-gold-012

Harga emas menyusut lebih $17/oz Selasa semalam, sebelum kembali naik dan menutup pada paras $1,192.50 selepas daripada laporan “retails sales” Amerika Syarikat yang meleset, sekaligus melemahkan sentimen kenaikan “interest rate” AS. Walau bagaimanapun, komen terkini dari pegawai-pegawai Federal Reserve AS mencadangkan bank pusat AS itu tidak menolak kemungkinan menaikkan “interest rate” pada Jun ini, walaupun beberapa penganalisis ragu-ragu apabila tanda-tanda kelemahan ekonomi mula dilihat semula.

Emas jatuh untuk lima dari enam sesi dagangan ekoran Dollar yang lebih kukuh, menyebabkan para pedagang mula mengambil keuntungan sederhana, sekaligus mengheret emas kembali berada di bawah $1,200/oz.  Harga emas berkemungkinan mengalami tekanan lagi, di tengah-tengah spekulasi panas tentang kenaikan “interest rate” AS pada Jun ini.

Peningkatan “interest rate” AS yang akan menjadi yang pertama dalam hampir satu dekad, mengurangkan tarikan kepada aset seperti emas yang tidak membayar sebarang dividen. Kekuatan US Dollar yang terbit dari kemungkinan yang semakin meningkat, bahawa Fed akan menaikkan “interest” tahun ini, telah menjadi penghalang utama kepada permintaan untuk emas.

“Kitaran Dollar AS yang kukuh belum berakhir. Kami tidak begitu yakin dengan prestasi harga emas pada tahun ini ” kata Jiang Shu, penganalisis di Bank Industri di Shanghai.  Citigroup pula berkata ia telah menurunkan anggaran purata harga emas untuk tahun ini kepada $1,190 daripada $1,220.  Pergerakan harga emas biasanya akan bergerak ke arah yang bertentangan dengan US Dollar.

Penganalisis Jameel Ahmad dari FXTM berkata, US Dollar mungkin akan terdedah kepada pengambilan untung dan ianya bergantung kepada berapa cepat AS akan menaikkan “interest rate”.  Beliau berkata para pedagang akan menjadi tidak sabar dan teragak-agak apabila pusingan kedua dan ketiga kenaikan “interest rate” berlaku, sehingga mengakibatkan pengambilan untung, sekaligus menaikkan harga emas.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat