GOLD Analisa Fundamental Harian 15 Mac 2016

39

Harga emas terus susut untuk hari kedua Isnin semalam, jatuh lebih $31.50/oz untuk ke paras terendah harian sekitar $1,229.40/oz sebelum menutup sekitar paras $1,235.20/oz setelah pasaran dipenuhi kegiatan mengambil untung belian menjelang mesyuarat FOMC awal pagi Khamis ini. Emas yang telah meningkat lebih 20% sejak awal tahun ini, menawarkan peluang pelaburan terbaik semenjak kegawatan pasaran kewangan bermula Ogos lepas.

Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar berbanding enam matawang utama, dibuka dengan ‘gap-up’ Isnin semalam, menunjukkan pasaran yang menjangka kenaikan nilai Dollar AS menjelang menjelang mesyuarat FOMC. Di pasaran hadapan, indeks Dollar mencatat kenaikan lebih 0.37% sebelum pasaran Asia berhenti untuk rehat tengah hari.

[adrotate group=”6″]

Kontrak hadapan emas untuk penghantaran April dilihat kurang mendapat permintaan dengan ‘volume’ yang berkurang dari 235,781 kontrak pada Jumaat kepada 198,015 kontrak Isnin semalam.  Minat belian Dollar pula dilihat meningkat dengan ‘open-interest’ yang bertambah dari 40,364 kontrak kepada 48,241 kontrak untuk penghantaran bulan Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat