GOLD Analisa Fundamental Harian 18 Aug 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-gold-014

Harga emas kembali naik sekitar $8.90/oz Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,122.85/oz sebelum menutup sekitar paras $1,117.45; setelah pedagang kelihatan tidak pasti mengenai Feds dan terus melihat pergerakan China mengawal mata wang mereka dan kejatuhan dalam pasaran ekuiti. Emas meningkat lebih tinggi pada hari Isnin setelah kebimbangan berterusan ke atas yuan yang lebih lemah selepas China menurunkan nilai mata wangnya minggu lepas, dengan ketidaktentuan yang mungkin menambah permintaan untuk pelaburan emas yang lebih selamat.

Yuan yang lemah masih boleh menyebabkan Federal Reserve AS untuk tidak menaikkan kadar faedah secepat bulan depan, seperti jangkaan ramai sebelum ini, walaupun isyarat ekonomi berterusan mengatakan Amerika Syarikat semakin kukuh. Minit dari mesyuarat Fed 28-29 Julai yang bakal disiarkan pada hari Rabu ini akan menawarkan petunjuk penting tentang rancangan untuk menaikkan kadar buat kali pertama sejak 2006.

Ahli ekonomi kanan Mizuho Bank, Vishnu Varathan berkata, “minit Fed mungkin membuatkan pasaran lebih peka dengan data AS dan angka yang kukuh boleh memacu dolar AS lebih tinggi dan mengurangkan kesan kejatuhan nilai yuan.” Dolar yang kuat boleh menjejaskan emas.

Rizab emas China meningkat kepada 53.93 juta auns pada akhir Julai, meningkat daripada 53.32 pada akhir Jun, menurut data bank pusat China yang dikeluarkan berikutan pelarasan Jun yang pertama dalam tempoh lebih daripada enam tahun. Permintaan emas China tahun ini dijangka sekurang-kurangnya stabil dengan angka tahun lepas menghampiri 1,000 tan metrik, menurut Majlis Emas Dunia.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat