GOLD Analisa Fundamental Harian 18 Feb 2016

53

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar $18.10/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,213.65/oz ke serendah $1,195.55/oz; setelah pasaran memberikan reaksi kepada laporan minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi.  Emas dilihat mendapat sokongan belian sekitar harga $1,200/oz, sebelum pasaran Amerika Utara tutup untuk dagangan.

Di pasaran global, persekitaran dasar bank pusat semasa dilihat akan terus menyokong harga emas. Kedua-dua ECB dan BoJ secara meluas dijangka menawarkan ransangan tambahan pada bulan Mac. Pada masa yang sama, kebarangkalian bahawa Fed akan memulakan kenaikan kadar kedua mereka pada bulan Mac telah berkurangan kepada hanya 4% mengikut FedWatch Kumpulan CME, di tengah-tengah peningkatan kebimbangan mengenai penggunaan kadar negatif.

[adrotate group=”6″]

Morgan Stanley percaya bahawa kadar negatif adalah “eksperimen berbahaya” yang “menghakis keuntungan bank, mewujudkan risiko sistemik yang lain.” BofA Merrill Lynch juga dalam laporannya kepada pelanggan berkata: “Pada pandangan kami, ketidakberkesanan [dasar kadar negatif] mungkin disebabkan oleh pasaran yang mentafsirkannya sebagai ketiadaan alternatif kerana pasaran memerlukan ransangan yang berterusan untuk mencapai hasil yang sama.”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat