GOLD Analisa Fundamental Harian 19 Mei 2015

22

moshedfx-forex-malaysia-gold-019

Emas berada dalam dagangan ‘ranging’ Isnin semalam dari paras tertinggi sekitar $1,232.40 ke serendah $1,221.60 sebelum menutup sekitar paras $1,225.40; selepas para pembeli emas mula mengambil untung dalam persediaan menghadapi mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.  Emas telah meningkat semula, hampir 4% pada bulan Mei, sebagai reaksi kepada tanda-tanda pertumbuhan ekonomi AS yang semakin lemah, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa kos pinjaman akan kekal rendah untuk lebih lama.

Kadar penanda aras pinjaman bank pusat AS telah hampir sifar peratus sejak tahun 2008. Kenaikan harga minyak juga telah membawa pelabur kembali kepada emas, ekoran kebimbangan bahawa kos bahan api yang lebih tinggi akan merangsang inflasi. Walaupun begitu, pasaran buruh AS bertambah baik dan ini masih memberikan Feds ruang untuk menaikkan “interest rate” untuk kali pertama selepas hampir satu dekad.

Ekonomi Amerika Syarikat masih lebih baik daripada ekonomi global, dan itu dilihat akan membantu Dollar untuk mendapat permintaan semula, menurut Chad Morganlander, pengurus dana di Stifel, Nicolaus & Co yang berpangkalan di New Jersey yang mengurus kira-kira $170 billion. Emas mencapai paras terendah untuk tahun ini pada Mac lalu, apabila Indeks Dollar Spot Bloomberg naik ke paras tertinggi sejak data bermula pada tahun 2004.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat