GOLD Analisa Fundamental Harian 2 Dec 2014

31

trade-forex-malaysia-gold

Emas jatuh 2.6% pada sesi pembukaan London hari Isnin sekitar $1164 sebelum melonjak semula keparas tertinggi minggu lepas $1205 selepas data sektor pembuatan Amerika Syarikat yang mengecewakan pada sesi pembukaan New York hari Isnin. Ini adalah amat memeranjatkan terutama setelah pasaran menolak harga emas keparas lebih rendah sekitar $1142.90 setelah penolakan terhadap referendum Swiss Gold Initiative Ahad lalu.

Langkah diluar jangkaan dari Reserve Bank of India juga untuk melonggarkan import emas bagi kegunaan domestic menunjukan ketidakrisauan kerajaan India terhadap defisit dagangan. Walaubagaimanapun, sumber-sumber memberitahu ini tidak bermakna peningkatan import secara mendadak.

Keputusan India, pembeli jongkong emas kedua terbesar dunia selepas China, memansuhkan undang-undang yang membenarkan pedagang mengeksport semula 20% dari jumlah import emas India pada Jumaat lepas, adalah amat tidak diduga terutama setelah semua spekulasi yang ianya akan mengetatkan undang-undang tersebut.

 

Masih belum mempunyai pengalaman trading? Jom buka akaun demo bersama One Financial Markets di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat