GOLD Analisa Fundamental Harian 20 Jan 2016

35

moshedfx-forex-malaysia-gold-012

Emas berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1,094.45 ke serendah harian sekitar $1,082.35, sebelum menutup sekitar paras $1,087.10; setelah terperangkap dalam julat dagangan bahagian atas dan bawah semasa. Dengan inflasi global yang kekal rendah dan tahap tekanan, walaupun ianya dikuatkan oleh kelembapan di China dan kejatuhan harga minyak, ia seolah-olah tidak menyokong permintaan untuk logam berharga.

Sebelum daripada itu, harga emas stabil dalam tawaran awal, selepas harga saham dan minyak yang lemah menolak pelabur kepada aset yang lebih selamat, tetapi permintaan emas fizikal perlahan di Asia  dan mengekang harga untuk berada di bawah $1,100/oz. Permintaan emas fizikal yang lemah dari pengguna emas terbesar, China dan India, telah menghadkan potensi emas, dengan perbelanjaan pengguna China terjejas oleh ekonominya yang semakin perlahan.

[adrotate group=”6″]

Syarikat-syarikat perlombongan emas kini berdepan dengan kemarahan pemegang saham terbesar mereka, mengenai isu gaji eksekutif dan pampasan yang masih besar, walaupun selepas empat tahun dengan pulangan saham yang mengecewakan.  Pada masa yang sama, FOMC akan bermesyuarat sekali lagi pada 26 dan 27 Januari ini dan dijangka akan mengekalkan kadar. Bagaimanapun, kenyataan selepas mesyuarat boleh jadi menarik, jika data kekal lemah dan pasaran kekal tidak menentu serta di bawah tekanan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat