GOLD Analisa Fundamental Harian 21 Oct 2015

44

moshedfx-forex-malaysia-gold-012

Harga emas melonjak lebih $13.10/oz Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,180.75/oz sebelum menutup sekitar paras $1,175.95/oz; setelah terkesan dari sentimen dolar AS yang masih lemah, walaupun pembinaan rumah AS meningkat kepada paras 10 tahun tertinggi pada bulan Oktober, sekaligus menenangkan kebimbangan mengenai kesihatan ekonomi AS.

Sesetengah pelabur memilih untuk mengunci keuntungan, selepas kenaikan baru-baru ini, sebagai tindak balas kepada komen terkini daripada pegawai-pegawai Feds yang mencadangkan bank pusat AS itu masih boleh meningkatkan kos pinjaman pada tahun ini.  “Orang biasanya berfikir bahawa kenaikan kadar telah ditolak sehingga awal 2016,” kata Dave Meger, pengarah perdagangan logam di High Ridge Futures. “Oleh itu, ada sedikit aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini.” tambah beliau lagi.

[adrotate group=”6″]

Tetapi jalan Feds AS untuk mencapai dasar monetari yang lebih ketat, masih boleh tergelincir oleh China, yang mencatatkan pertumbuhan paling perlahan sejak krisis kewangan pada suku ketiga, kata seorang ahli kanan strategi pasaran di Archer Financial Services.

Menurut Komitmen Pedagang dari CFTC untuk minggu lepas, dana pelindung nilai telah menambah 66% kepada kedudukan belian mereka – pertaruhan bahawa emas akan menjadi lebih mahal pada masa akan datang – dari minggu sebelumnya; yang merupakan minggu keempat berturut-turut untuk penambahan belian bersih.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat