GOLD Analisa Fundamental Harian 22 Jan 2016

43

moshedfx-forex-malaysia-gold-014

Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, melantun dari paras tertinggi harian sekitar $1104.40/oz ke serendah $1,092.30/oz sebelum menutup sekitar paras $1,101.05/oz; setelah gagal mengekalkan kenaikan semasa apabila sentimen “risk-off berpaling kepada risk-on”. Emas meningkat ke paras hampir 1-1/2 minggu tertinggi, dengan permintaan untuk aset ‘safe-haven’ masih utuh apabila pasaran ekuiti dan minyak menyerahkan keuntungan awal, manakala Dollar AS berada di bawah tekanan.

Di pasaran emas fizikal, jongkong telah mendapat manfaat daripada sentimen “risk-off” yang telah berlarutan ke atas pasaran ekuiti dan minyak mentah yang telah jatuh ke paras terendah dan menolak pelabur ke arah aset yang selamat dan bernilai. Ia tidak mengejutkan bahawa emas telah meningkat lebih tinggi bersama-sama dengan lain-lain aset ‘safe-haven’ seperti Yen kerana “kisah penghindaran risiko kini di sini,” menurut Barnabas Gan, seorang penganalisis OCBC Bank di Singapura.

[adrotate group=”6″]

Apabila harga meningkat, permintaan emas fizikal di Asia perlahan minggu ini, membendung minat belian bermusim di China menjelang Tahun Baru dan memaksa penjual di India untuk menawarkan diskaun. Logam berharga ini telah menghadapi rintangan sekitar $1,100 apabila ancaman kenaikan kadar AS dan Dollar AS yang lebih kukuh, mencadangkan potensi peningkatan yang terhad. Gan OCBC melihat harga emas sekitar $950/oz pada akhir tahun ini. “Pandangan ini amat disokong oleh jangkaan kami untuk kenaikan kadar Feds sebanyak tiga kali tahun ini,” tambah beliau lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat