GOLD Analisa Fundamental Harian 24 Dec 2014

39

moshedfx-forex-malaysia-gold-014Emas yang mendapat sokongan teguh pada $1,195 Isnin lalu, lantaran data berimpak tinggi “existing home sales” dari Amerika Syarikat yang keluar meleset dari jangkaan; mula berubah sentimen apabila para melabur mula memberi tumpuan awal pada 4 laporan berimpak tinggi dari Amerika Syarikat Selasa semalam yang rata-ratanya dijangka lebih baik.  Harga emas jatuh hampir $30 kepada $1,170.38 sebelum mendapat sokongan pelabur pada sesi Asia Selasa semalam.

Lanjutan dari kejatuhan teruk ruble Russia, pasaran jongkong emas dilanda spekulasi bahawa Russia bakal menggunakan simpanan emas untuk mempertahankan matawangnya dari terus jatuh.  Walau bagaimanapun data menunjukkan Russia, yang mempunyai simpanan emas ke-6 terbesar didunia, telah meningkatkan simpanannya.

Menurut Majlis Emas Sedunia, pada akhir September 2014, Russia mempunyai 1,150 tan simpanan emas, meningkat 13% dari tahun sebelumnya.  Bank Pusat Rusia pula mengumumkan ia telah menambah 19 tan sebulan pada bulan Oktober dan November, menjadikan jumlah simpanan kepada 1,188 tan – yang terbanyak semenjak 1993.  Data berikutnya bakal dilaporkan pada January depan.

Pada masa yang sama, IMF melaporkan Ukraine telah megurangkan simpanan emasnya dua bulan berturut-turut, menjadikannya yang terendah sejak Ogos 2005.  Russia pula telah menambah simpanannya untuk 8 bulan berturut-turut menjadikannya yang terbanyak dalam tempoh 20 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat