GOLD Analisa Fundamental Harian 25 Feb 2016

66

Harga emas yang memacu naik lebih $30.75/oz sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,253.35/oz, kembali jatuh pada petang New York untuk menutup lebih rendah sekitar paras $1,228.50/oz; setelah harga mendapat sokongan daripada aliran masuk yang kukuh ke dalam dana jongkong emas. Pada masa yang sama, pembeli dipandu ke dalam aset ‘safe-haven’ ekoran kejatuhan pasaran saham dan kemungkinan kadar negatif dari Feds Amerika Syarikat.

[adrotate group=”6″]

Pasaran diberitakan aset dalam SPDR Gold Trust, ETF bersandarkan emas terbesar dunia, berada di paras tertinggi sejak Mac 2015. Aliran dana masuk sejak awal tahun ini, telah pun mengatasi aliran keluar bagi keseluruhan tahun 2015. Ini menjadi bukti bahawa pelabur mencari perlindungan pelaburan dalam logam berharga emas, terutamanya di tengah-tengah kelemahan dalam pasaran ekuiti global dan minyak mentah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat