GOLD Analisa Fundamental Harian 25 Nov 2015

29

moshedfx-forex-malaysia-gold-019

Harga emas melonjak lebih $12.20/oz dalam sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,081.10/oz, sebelum kekal rata pada sesi dagangan pelabur Amerika Utara dan menutup sekitar paras $1,075.30/oz; setelah pasaran dikejutkan dengan berita kemalangan pesawat tempur Russia yang boleh menghangatkan suasana peperangan di timur tengah. Para pelabur juga didapati mula mengambil untung jualan sebelum bercuti sempena “Thanksgiving” esok.

Emas menunjukkan pergerakan terhad, apabila perdagangan logam pada harga spot $1,068.12 di permulaan sesi Amerika Utara. Di Amerika Syarikat, ia satu permulaan yang tenang untuk minggu ini, dengan laporan PMI pembuatan dan perumahan bermula.  Pada masa yang sama, KDNK (GDP) Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan dengan bacaan 2.1% berbanding 2.0% dan 1.5% pada sebelumnya.

Minit mesyuarat Feds minggu lalu tidak mengesahkan kenaikan kadar pada Disember, tetapi kebanyakan penganalisis merasakan, bahawa langkah yang telah lama ditunggu-tunggu itu, sesungguhnya akan berlaku bulan depan. Jangkaan pasaran telah meningkat kepada 66%, bahawa Fed akan bertindak pada bulan depan, dan komen baru-baru ini oleh pembuat dasar Fed telah membayangkan bahawa kenaikan kadar adalah satu kemungkinan yang kuat.

[adrotate group=”6″]

Pada dua mesyuarat dasar yang lepas, undi terhadap kenaikan kadar adalah 9-1, tetapi ianya jelas tidak akan sama pada mesyuarat Disember depan. Dengan ekonomi Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan dan pekerjaan serta keyakinan pengguna yang mengarah ke atas; pasaran kelihatan bersedia untuk kenaikan kecil sebanyak 0.25% atau 0.50%, dan terdapat pandangan yang semakin meningkat bahawa langkah sederhana tidak akan menyebabkan pergolakan yang tidak diingini ke atas pasaran global.

Satu tanda tanya yang masih berbaki dalam teka-teki kadar adalah tahap inflasi. Bacaan inflasi baru-baru ini telah lemah, dan Feds telah berulang kali menyatakan bahawa inflasi adalah pertimbangan utama dalam apa-apa keputusan untuk menaikkan kadar. Pasaran akan mendapat lihat penunjuk inflasi utama, sejurus sebelum mesyuarat dasar Feds pada 15-16 Disember ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat