GOLD Analisa Fundamental Harian 26 Feb 2015

23

moshedfx-forex-malaysia-gold-004

Emas menyusut lebih $10 sepanjang sesi dagangan Eropah Rabu semalam, sebelum memacu naik semula berdepan dengan ‘resistance’ di pivot mingguan sekitar $1,215 ketika artikel ini ditulis.  Kebanyakan para penganalisa melihat kenyataan presiden Feds Janet Yellen masih utuh dalam menaikkan “interest rate” pada tahun ini, cuma beliau masih belum mahu memberikan masa yang tepat.

Keadaan ini yang menyebabkan emas meningkat harga diatas kos produksi $1,200 dan jualan baru yang dilihat dan juga faktor kenaikkan “interest rate”, lebih menyebelahi untuk harga emas jatuh dalam masa terdekat, menurut penganalisa forex Barry Norman.  Federal Reserve Amerika Syarikat yang menolak untuk diaudit baru-baru ini, menunjukkan ketidaktelusan badan kewangan itu dan mungkin terdapatnya masalah dalam sistem operasi mereka.

Jerman diberitakan telah memohon mahu membawa pulang semua 674 tan emasnya yang berada didalam simpanan Feds, namun hanya 37 tan sahaja yang dapat dipenuhi buat masa ini.  Sekiranya benar memang terdapat masalah dalam sistem kewangan Amerika Syarikat, logam berharga seperti emas dan perak, sudah pasti memacu naik semula tanpa menoleh kebelakang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat