GOLD Analisa Fundamental Harian 26 Nov 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-gold-0191

Harga emas jatuh semula, lebih $12.80/oz Rabu semalam untuk ke paras terendah harian sekitar $1,067.80/oz sebelum menutup sekitar paras $1071/oz; setelah ketegangan pasaran mula reda pasca kemalangan pesawat Russia yang ditembak jatuh oleh tentera Turki di sempadan Syria. Sebelum daripada itu, harga emas telah meningkat kerana pelabur telah mencari aset ‘safe-haven’ dalam suasana pasaran kewangan yang tidak menentu berikutan tekanan global.

Walaupun meningkat, emas tidak terlalu jauh dari paras terendah hampir enam tahun, sekitar $1,064.95/oz yang melanda minggu lalu, ekoran sentimen yang meningkat bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar Amerika bulan depan, kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad. Emas cenderung untuk mendapat manfaat daripada kadar AS yang sangat rendah, yang menurunkan kos pegangan emas.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran global, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata menembak jatuh pesawat Rusia oleh tentera Turki berhampiran sempadan dengan timur laut Syria, akan mempunyai “akibat yang serius.”  Emas meningkat sebanyak 0.5% kepada $1,080.95/oz kelmarin, pulih dari paras terendah sejak Februari 2010, sekitar $1064.55 pada 18 November lalu, selepas pasaran dikejutkan dengan berita tersebut.

Pada masa yang sama, pegangan dalam produk dagangan bursa berasaskan emas, jatuh untuk hari yang kelima kepada 1,494.28 tan metrik, menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg. Angka tersebut adalah merupakan pegangan aset yang paling rendah sejak Februari 2009.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat