GOLD Analisa Fundamental Harian 28 Jan 2016

47

moshedfx-forex-malaysia-gold-0191

Harga emas yang berada dalam dagangan ‘sideway’ sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, melonjak lebih $12.30/oz selepas mesyuarat FOMC Federal Reserve AS, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,127.95/oz sebelum menutup sekitar paras $1,124.80/oz; setelah jawatankuasa mesyuarat FOMC mengatakan ekonomi AS tumbuh perlahan pada suku keempat 2015 dan inflasi dijangka rendah dalam masa terdekat.

Setiap baris kenyataan FOMC menunjukkan Feds yang kurang teruja dengan perkembangan ekonomi AS, sekaligus memudarkan spekulasi satu lagi kenaikan kadar pada Mac ini.  Walau bagaimanapun, masih ada 7 minggu lagi dan 2 laporan NFP sebelum mesyuarat tersebut, dan keadaan boleh berubah dengan cepat pada bila-bila masa.  Di pasaran hadapan, kontrak kadar AS menunjukkan para trader tidak menjangka sebarang kenaikan sehinggalah June depan.

[adrotate group=”6″]

Dengan potensi penurunan lanjut dalam pasaran ekuiti dan ketidaktentuan pasaran mengenai pertumbuhan global, emas mendapat persekitaran yang baik untuk dibida pelabur yang mahukan sesuatu untuk mempertahankan portfolio pelaburan mereka, menurut penganalisis. “Saya tidak akan terkejut jika emas mencapai paras $1,150, mahupun $1,200 pada suku pertama,” kata Barnabas Gan, seorang penganalisis OCBC Bank di Singapura.

Selepas kejatuhan 10% pada tahun 2015, tahun ketiga kejatuhan, emas setakat ini telah mendapat manfaat daripada kegawatan dalam pasaran ekuiti dan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi China, yang menyumbang kepada kenaikan harga sebanyak hampir 6% pada bulan ini. Dollar jatuh 0.4% berbanding dengan sekumpulan matawang utama, manakala pasaran ekuiti Eropah merudum akibat kejatuhan dalam harga minyak.

Mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam emas, pegangan SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia, berjumlah 21.52 juta auns pada hari Selasa, yang merupakan paras tertinggi sejak 5 November lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat