GOLD Analisa Fundamental Harian 29 Mac 2016

45

Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar $6.65/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,223.13/oz ke serendah $1,216.48/oz; dalam dagangan tipis ekoran pasaran utama, termasuk Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, masih ditutup sempena ‘Good Friday’ dan ‘Easter Sunday’.

Comex dibuka semalam sementara LME masih tutup sempena cuti ‘Easter’. Emas jatuh ke paras paling lemah dalam sebulan, selepas didesak oleh Dollar yang lebih kukuh berikutan komen agresif daripada pegawai-pegawai Federal Reserve AS yang mencadangkan sekurang-kurangnya dua kenaikan kadar pada tahun ini, dengan potensi kenaikan seterusnya datang pada April depan.

Ia menandakan kejatuhan selanjutnya untuk pasaran jongkong emas yang jatuh paling teruk sejak November lalu, selepas Dollar mendapat tarikan daripada prospek kadar AS yang lebih tinggi dalam masa terdekat. Komen terbaru daripada Presiden Feds St. Louis James Bullard, menambah sokongan kepada pembuat dasar yang menyokong kenaikan kadar, mungkin seawal mesyuarat FOMC yang akan datang.

[adrotate group=”6″]

Penganalisis pasaran berkata, kejatuhan dalam pasaran hadapan emas kebanyakannya selaras dengan trend global yang lemah, di mana ia tenggelam ke paras terendah dalam satu bulan, selepas kenaikan Dollar menyakitkan tarikan logam yang telah menjadi komoditi dengan prestasi terbaik untuk 2016.

Walau bgaimanapun, aliran masuk ke dalam dana dagangan bursa emas (ETF) terus menunjukkan keyakinan dalam emas. SPDR Gold Trust, ETF bersandarkan emas terbesar dunia, berkata pegangannya meningkat kepada 26.48 juta auns pada hari Khamis lepas – yang tertinggi sejak Disember 2013.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat