GOLD Analisa Fundamental Harian 29 Oct 2015

52

moshedfx-forex-malaysia-gold-0191

Emas yang melonjak lebih $17/oz ke paras tertinggi harian sekitar $1,180.90/oz sepanjang sesi Eropah Rabu semalam, jatuh merudum lebih $30/oz ke paras terendah harian sekitar $1,152.30/oz sebelum menutup sekitar paras $1,156/oz; setelah Dollar AS mendapat lonjakan pada petang New York selepas Federal Reserve AS mengesahkan pendirian mahu menaikkan kadar pada Disember ini.

“Dalam menentukan sama ada ia akan menjadi sesuai untuk meningkatkan pelbagai sasaran pada mesyuaratnya yang akan datang, jawatankuasa akan menilai kemajuan – dicapai dan dijangka – dalam mencapai objektif tenaga kerja maksimum dan 2% inflasi, ” kata Fed dalam kenyataan terbarunya semalam.  Feds AS juga memandang ringan terhadap kegawatan pasaran kewangan global baru-baru ini dan berkata, bahawa pasaran buruh AS masih dalam pemulihan walaupun pada kadar yang lebih perlahan.

[adrotate group=”6″]

Pada September lalu, FOMC mengundi 9-1 untuk mengekalkan Kadar Dana Persekutuan di paras semasa antara sifar dan 0.25%. Walaupun FOMC berkata perbelanjaan isi rumah dan pelaburan perniagaan masih meningkat secara sederhana sejak dua bulan lalu; ia melahirkan kebimbangan bahawa kelembapan ekonomi global telah meletakkan tekanan yang besar ke atas inflasi. Ketika itu, Feds menekankan bahawa ia akan memantau perkembangan di luar negara dan perubahan inflasi dengan teliti, dalam membuat keputusan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat