GOLD Analisa Fundamental Harian 3 Dec 2014

39

analisa-emas

Emas jatuh $23.60 pada sesi pembukaan New York hari Selasa setelah memecah paras tertinggi minggu lalu dan ketika sesi penutupan London ianya didagangkan sekitar $1201.40 setelah Federal Reserve tetap dengan pendirian mahu menaikkan kadar faedah pada awal 2015.

Bancian mingguan dari Kitco News menunjukkan sentiment pasaran yang dijangka lemah semenjak Referendum Swiss Gold Initiative ditolak dengan US Dollar yang semakin mengukuh dan harga minyak mentah yang merudum.  Dari 36 responden bancian, hanya 19 memberi maklum balas dengan 5 menjangkakan kenaikan harga emas, 11 terus turun dan 3 tidak berubah.  Responden adalah terdiri dari pengedar jongkong, bank saudagar, pedagang pasaran hadapan dan penganalisa teknikal.

Isnin baru-baru ini, emas memuncak keparas bulanan tertinggi dalam langkah para pelabur melindungi pelaburan mereka, apabila penarafan kredit Jepun diturunkan oleh Moody.  Moody menyatakan keraguan terhadap kemampuan Jepun untuk mencapai objektif pengurangan defisitnya dan menjana eknomi yang mampan sebagai kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia.

 

Dapatkan 100% Bonus atas nilai deposit anda jika anda bersama FxPrimus hari ini. Buka akaun segera – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat