GOLD Analisa Fundamental Harian 30 Nov 2015

55

trade-forex-malaysia-gold

Harga emas terus merudum Jumaat lalu, lebih $20.55/oz untuk mencapai paras terendah bulanan yang baru sekitar $1,052.75/oz sebelum menutup sekitar paras $1,058.55/oz; setelah para trader bersedia untuk Federal Reserve AS menaikkan kadar lebih tinggi dalam masa beberapa minggu lagi.  Mesyuarat FOMC pada 15-16 Disember ini bakal jadi penentu kepada keputusan Feds selama ini yang telah membuatkan pasaran tertunggu-tunggu sejak Oktober lalu.

Di pasaran Amerika Syarikat, data yang dikeluarkan pada 25 November termasuk tuntutan pengangguran, berada jauh lebih baik daripada yang dijangkakan. Jangkaan adalah 273 ribu penganggur dan angka sebenar adalah sebanyak 260 ribu.  Angka ini juga lebih baik daripada angka sebelumnya, sekaligus menunjukkan pasaran pekerjaan yang semakin kukuh.  Dalam pada itu, pengeluaran pembuatan AS meningkat jauh melebihi jangkaan ahli ekonomi pada bulan Oktober, dan angka pelaburan perniagaan AS melonjak. Yang menghairankan angka pesanan juga positif dan merangsang pasaran, serta melonjakkan nilai Dollar AS; sekaligus menarik harga emas untuk kembali turun.

[adrotate group=”6″]

Pembelian emas di India pada suku ketiga 2015, pengguna terbesar emas dunia, mungkin jatuh kepada paras terendah dalam tempoh lapan tahun, terkesan dari permintaan pelaburan yang lemah dan kemarau berpanjangan yang telah mengurangkan pendapatan untuk berjuta-juta petani.  Emas terus tertekan daripada pemulihan Dollar, selepas data ekonomi AS yang kukuh menguatkan sentimen kenaikan kadar Federal Reserve AS pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini.

Walau bagaimanapun, penurunan harga emas telah dihadkan oleh permintaan runcit yang baru muncul ekoran ketegangan antara Turki dan Rusia. Turki menembak jatuh jet Rusia berhampiran sempadan Syria, dengan berkata bahawa pesawat itu telah melanggar ruang udara Turki.  Kemalangan ini adalah salah satu yang paling serius, di antara negara ahli NATO dan Rusia dalam masa setengah abad.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat