GOLD Analisa Fundamental Harian 4 Feb 2016

41

moshedfx-forex-malaysia-gold-004

Harga emas terus memacu naik Rabu semalam, lebih $20.50/oz untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,145.40/oz sebelum menutup sekitar paras $1,142.30/oz; setelah para pelabur menilai tindakan harga dalam Dollar AS, minyak mentah dan pasaran ekuiti Eropah. Tindakan para pelabur mencari aset yang lebih selamat seperti logam berharga emas , sekaligus telah menyokong pasaran.

[adrotate group=”6″]

Permintaan untuk emas yang semakin meningkat, seperti yang dibuktikan oleh aliran wang ke dalam dana dagangan bursa bersandarkan emas (ETF) yang terbesar di dunia. Data terkini yang diperolehi menunjukkan bahawa sejak November, pegangan SPDR Gold Trust telah meningkat kepada paras tertinggi dalam rekod pada 22.04 juta auns. Emas sedang disokong oleh prospek pertumbuhan yang lemah di China, perdagangan minyak mentah yang rendah dan kemungkinan Fed akan mengurangkan bilangan kenaikan kadar yang dirancang pada 2016.

‘Hedgers’ boleh masuk pasaran hari ini untuk menghadkan kenaikan, tetapi majoriti trader mungkin tidak memasuki pasaran menjelang laporan ‘Non-Farm Payroll’ (NFP) AS pada esok Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat