GOLD Analisa Fundamental Harian 4 Mac 2016

31

Harga emas melonjak naik lebih $30.40/oz Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,268.40/oz sebelum menutup sekitar paras $1,264.05; setelah sekumpulan data ekonomi AS yang dilaporkan lemah menguatkan sentimen tiada kenaikan kadar AS pada tahun ini, sekaligus mendorong pembelian ‘safe-haven’ emas, dan Swiss Francs.  Pada masa yang sama, ‘Beige Book’ FOMC meramalkan kesukaran dalam ekonomi Amerika Syarikat.

Di pasaran AS, tuntutan pengangguran dilaporkan meningkat daripada 272 ribu kepada 278 ribu, berbanding 271 ribu jangkaan.  Pada masa yang sama, tempahan perkilangan meleset pada 1.6% berbanding 2.1% jangkaan, walaupun lebih baik dari -2.9% pada sebelumnya.  Dalam pada itu, PMI perkhidmatan dilaporkan pada 53.4 mata berbanding 53.2 mata jangkaan, dan 53.5 mata pada sebelumnya.  Angka yang lemah ini mendorong pelabur menjual semula Dollar, ekoran sentimen kenaikan kadar selanjutnya pudar.

[adrotate group=”6″]

Sebelum daripada itu, laporan pekerjaan sektor swasta ADP menambah 214 ribu pekerjaan pada bulan lepas, mendahului jangkaan untuk peningkatan sebanyak 190 ribu. Walaupun angka Februari itu datang lebih baik daripada yang dijangkakan, peningkatan Januari sebanyak 205 ribu pekerjaan telah disemak semula lebih rendah kepada 193 ribu.

Hari ini AS bakal melaporan data ‘Non-Farm Payroll’ (NFP) yang ditunggu-tunggu, yang dijangka meningkat daripada 151 ribu kepada 195 ribu dan kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 4.9%.  Namun pendapatan purata sejam dijangka turun dari 0.5% kepada 0.2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat