GOLD Analisa Fundamental Harian 6 Mar 2015

42

moshedfx-forex-malaysia-gold-013

Emas terus berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’, dengan pergerakan tidak melebihi $15/oz Khamis semalam.  Ketika ini pasaran sedang menunggu-nunggu data NFP yang bakal dilaporkan malam nanti, selepas mesyuarat ECB selesai semalam.  ECB juga dikatakan sedang memberi tekanan kepada Greece, untuk tidak menggunakan sebarang bon negara itu untuk sebarang aktiviti pembiayaan.

Di Amerika Syarikat pula, Federal Reserve terus diperhatikan dalam kenyataan dan laporan ekonominya, bagi mendapatkan jangkamasa yang lebih tepat tentang kenaikan “interest rate” yang telah berada di paras terendah dalam sejarah sejak 2008.  Dollar yang kukuh menyebabkan emas menjadi mahal bagi matawang lain dan ekonomi yang berkembang pesat menjadikan jongkong emas hilang daya tarikan sebagai pelaburan alternatif yang kalis inflasi.

SPDR Gold Trust, dana berasas emas terbesar dunia melaporkan simpanan emasnya menyusut kepada 760.8 tan minggu ini.  Paras terendah dalam masa sebulan.  Penjualan sebanyak 8 tan itu adalah merupakan yang terbanyak dalam sehari pada tahun ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat