GOLD Analisa Fundamental Harian 7 Aug 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-gold-003

Harga emas meningkat lebih $9.60/oz Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar $1,083.60/oz sebelum menutup sekitar paras $1,089.50/oz; setelah para pelabur, pengurus dana dan pedagang mula memberikan tumpuan kepada laporan NFP Amerika Syarikat yang dijangka mengurang dari 223 ribu kepada 222 ribu hari ini. Kadar pengangguran dijangka kekal pada 5.3% dan purata gaji sejam dijangka naik dari 0% kepada 0.2%.

Emas kehilangan kemilaunya selepas krisis Greece telah senyap dan ekonomi Amerika Syarikat sedang semakin kuat.  Semalam kerajaan AS melaporkan tuntutan pengangguran mingguan terendah dalam masa lebih 40 tahun. Dalam jangka panjang, terdapat peningkatan jangkaan bahawa Feds AS akan mula menaikkan “interest rate” tahun ini selepas lapan tahun; sekaligus melembapkan pelaburan dalam emas.

Ramai bakal pembeli emas mencari emas sebagai perlindungan terhadap inflasi, tetapi “interest rate” yang lebih tinggi boleh menghalang harga daripada meningkat. Permintaan emas di Asia pula tidak bertambah minggu ini walaupun harga jatuh ke paras terendah sejak 2010. Banyak bakal pembeli meramalkan penurunan harga lagi, dan ini mengekang pembelian dari pengguna.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat