GOLD Analisa Fundamental Harian 7 Jan 2016

37

moshedfx-forex-malaysia-gold-004

Harga emas terus memacu naik untuk hari ketiga Rabu semalam, lebih $19.65/oz untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,095.05/oz sebelum menutup sekitar paras $1,093.35/oz; setelah permintaan untuk emas terus meningkat apabila kebimbangan dengan pertumbuhan global terus menghantui pasaran, selepas data PMI perkhidmatan China meleset dari jangkaan. Pada masa yang sama, ketegangan di Timur Tengah dan ujian nuklear terbaru Korea Utara terus membimbangkan para trader dan pelabur, yang kini mencari aset selamat seperti emas, Dollar AS dan Yen.

Sebelum daripada itu, kenaikan Dollar AS di tengah-tengah jangkaan kos pinjaman yang lebih tinggi di Amerika Syarikat, yang berakhir dengan Federal Reserve AS menaikkan kadar pada bulan lepas, telah menyumbang kepada kehilangan daya tarikan emas sebagai penyimpan nilai. Apabila pelabur melihat kepada jumlah kenaikan kadar pada 2016, agregat bagi kontrak niaga hadapan emas di New York telah berada di bawah purata 30 hari sejak pertengahan Disember lalu.

[adrotate group=”6″]

“Kadar akan naik secara perlahan, mungkin maksimum empat kenaikan sebanyak 25 mata asas – dan itu sudahpun diambil kira oleh pasaran,” menurut Tetsu Emori, presiden Emori Capital Management dari Tokyo. “Jika keadaan ekonomi sedikit suram dan Feds memutuskan untuk menaikkan kadar hanya dua atau tiga kali, ianya akan menolak ke bawah, atau mengekang Dollar AS, dan membantu harga emas.”, tambah beliau lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat