GOLD Bakal Menjunam Atau Sambung Lonjakan Semalam?

849

Pergerakan menarik harga emas dipaparkan pada carta XAU/USD ketika pasaran terus dipacu oleh sentimen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 yang masih belum berakhir.

Setelah harga menunjukkan corak kenaikan pada dagangan Selasa semalam ke paras 1910.00, harga kembali menjunam semula pada awal sesi Asia hari ini dari zon SBR (support become resistance) tersebut.

Sekitar 350 pips terjunan harga mencecah paras 1882.00 disaksikan sebelum harga meningkat semula ke paras tumpuan 1900.00.

Paras 1900.00 dilihat menjadi halangan untuk harga melonjak lebih tinggi dengan pergerakan harga mula perlahan di sesi Eropah. Namun terdapat tanda-tanda untuk harga meneruskan penurunan.

Pergerakan harga sukar dijangka membuatkan pelabur lebih berhati-hati berada dalam pasaran sementara menantikan isyarat lebih jelas berdasarkan keputusan pilihan raya selepas ini.

Jika US dolar didagangkan lemah semula, harga boleh mlonjak tinggi melepasi zon SBR 1910.00 dengan sasaran kenaikan seterusnya menuju zon resistance 1938.00.

Namun jika harga kembali menjunam semula, paras-paras penting seperti 1875.00 serta support 1850.00 akan menjadi tumpuan harga.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat