GOLD Hari Ini ‘Slow’, Semua Mata Pada Brexit

380

Emas meneruskan peningkatan susulan kemerosotan US dolar walaupun pergerakan yang dipamerkan agak terbatas pada sesi dagangan hari ini.

Menjelang pembukaan sesi Eropah, emas didagangkan meningkat pada $1,876 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,880 per auns (2.40 petang waktu Malaysia).

Berita bahawa UK dan Kesatuan Eropah (EU) yang semakin hampir dengan kesepakatan perdagangan telah memacu kenaikan matawang pound dan euro, serta matawang utama lain, sekali gus mendorong kejatuhan dolar greenback.

Semua tumpuan pasaran kini tertumpu kepada perkembangan mengenai Brexit yang dijangka akan dicapai pada pagi ini waktu London.

Dalam perkembangan terbaru, Laura Kuenssberg yang juga wartawan BBC mengatakan Perdana Menteri UK Boris Johnson dijangka akan bercakap dengan ketua EU kira-kira jam 7 pagi waktu UK dan diikuti dengan sidang media pada 8 pagi (4.00 petang waktu Malaysia).

Walaupun berita ini sepatutnya menekan dagangan emas, namun disebabkan kemerosotan US dolar, logam kuning itu memanfaatkan peluang ini untuk meningkat.

Bagaimanapun, pergerakan logam safe-haven itu agak terbatas memandangkan para pelabur turut beralih ke aset risiko berikutan sentimen pasaran yang positif selain turut dipengaruhi oleh pergerakan pasaran yang perlahan menjelang cuti perayaan Krismas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat