GOLD Jatuh Di Bawah Paras $2000 Semula

797

Harga emas kembali semula ke bawah paras $2000 per auns hari ini.

Pergerakan yang dipamerkan pada carta XAU/USD semalam melihatkan dagangan emas meneruskan kenaikan sekitar 2015.00 sebelum harga dilihat kembali menjunam hampir 400 pips pada sesi New York.

Namun harga kembali ditutup lebih tinggi semula di atas paras 2000.00.

Dagangan yang bersambung pada hari ini melihatkan harga susut semula di bawah paras 2000.00 dan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) untuk pergerakan 1 jam harga di carta XAU/USD.

Pelabur mula berwaspada susulan US dolar dijangka akan kembali mengukuh semula selepas perkembangan positif pada isu pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi AS.

Pegawai tinggi AS menyatakan bahawa terdapat kesungguhan antara Demokrat dan Republik untuk mencapai persetujuan sebahagian rangsangan bernilai $500 bilion.

Namun masih terdapat momentum untuk harga meneruskan kenaikan semula dengan ketidaktentuan terhadap dagangan US dolar dalam pasaran.

Sentimen pasaran yang semakin menunjukkan pemulihan juga akan lebih memberi kelebihan buat emas untuk didagangkan lebih tinggi.

Paras ketinggian yang dicapai paras 2075.00 masih lagi menjadi sasaran pelabur jika harga emas kembali melonjak semula di atas paras 2000.00.

Namun jika harga terus menjunam, paras 1900.00 berkemungkinan dilihat menjadi sasaran harga semula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat