GOLD Jatuh Ke Paras Terendah Terbaru 4 Bulan!

916

Pelabur emas tidak menyenangi dengan kejatuhan harga pada dagangan logam kuning tersebut semalam ke paras terendah bulanan terbaru yang dipengaruhi oleh pengukuhan US dolar pada sesi New York semalam.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar telah melihatkan harga membuat penurunan lebih rendah melepasi paras sokongan 1850.00 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan Julai lalu.

Pengukuhan US dolar disokong oleh bacaan data ekonomi bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) untuk bulan November yang menunjukkan angka yang meningkat walaupun berdepan krisis pandemik.

Hal ini menunjukkan sektor ekonomi AS masih bergerak dengan baik dan memberi keyakinan pelabur terhadap prestasi semasa ekonomi terbesar dunia itu.

Selepas mencecah paras terendah sekitar 1831.00 di sesi New York, harga emas meneruskan penurunan lebih rendah pada sesi Asia hari ini ke paras sekitar 1822.00 sebelum menunjukkan sedikit kenaikan di awal sesi Eropah.

Penganalisis melihat penurunan harga emas bakal menuju ke paras 1800.00 yang menjadi paras sokongan harga selepas kali terakhir harga melepasi paras tersebut sejak Julai lalu.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras 1850.00 akan kembali diuji yang membentuk zon SBR (support become resistance) terbaru.

Sementara itu, perkembangan vaksin dan kes jangkitan virus akan terus dipantau pelabur yang akan memberi kesan terhadap sentimen pasaran semasa.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat