GOLD Jatuh Semula, Ini Analisis Pada Carta XAU/USD

1,172

Pergerakan meyakinkan harga emas pada dagangan Rabu semalam selepas menuju ke paras tertinggi minggu ini berikutan dipengaruhi oleh penyusutan nilai dagangan US dolar.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar, dapat dilihat harga emas kekal berada di atas paras 1900.00 namun kenaikan semalam telah berjaya mencapai semula ke paras ketinggian minggu lalu sekitar 1930.00.

Namun, pengukuhan semula US dolar di sesi Asia pada Khamis telah menekan semula harga ke zon RBS (resistance become support) sekitar 1913.00.

Harga juga turut menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan untuk isyarat arah harga selanjutnya.

Awal sesi Eropah seperti melihatkan terdapat kenaikan yang ingin dipaparkan oleh harga emas.

Jika sentimen pakej rangsangan ekonomi AS memberikan keputusan yang positif, US dolar bakal menyusut dan memberi ruang untuk harga emas meningkat.

Kenaikan bakal menguji semula zon resistance 1931.00 yang telah diuji sejak minggu lalu namun masih belum berjaya ditembusi.

Penurunan semula harga di bawah halangan dinamik MA50 akan memberi petunjuk awal perubahan trend bearish pada carta XAU/USD.

Paras harga 1900.00 akan kembali menjadi tumpuan pada penurunan seterusnya harga untuk pelabur menilai arah pergerakan selanjutnya buat dagangan emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat