GOLD Melonjak Ke Atas $1,900, Petanda USD Terus Lemah?

499

Logam berharga emas didagangkan stabil setelah peningkatan sentimen risiko telah mendorong permintaan terhadap aset berisiko dan melemahkan dagangan matawang US dolar.

Spot emas diniagakan susut sedikit pada $1,909 per auns setelah melonjak tinggi ke paras harga $1,918 per auns ketika sesi New York. Sementara itu, niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,915 per auns.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah kembali ke White House pada Isnin setelah menjalani rawatan Covid-19 selama 3 hari di hospital.

Saham global melonjak tinggi susulan perkembangan positif mengenai kesihatan Trump dan prospek terhadap rangsangan fiskal AS, sementara indeks dolar susut pada 93.40 berbanding matawang utama.

Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin dan Speaker Dewan, Nancy Pelosi dilaporkan telah berhubung melalui panggilan telefon untuk membincangkan mengenai pakej rangsangan baru. Kedua-dua pihak dikatakan akan terus berunding pada hari Selasa.

Pada minggu lalu, logam kuning itu telah melonjak sebanyak 2% iaitu peningkatan mingguan terbesar sejak minggu pertama bulan Ogos, menambah kenaikan hampir 26% untuk tahun ini berikutan prospek ekonomi yang lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat