GOLD Melonjak Selepas Gagal Turun Bawah Paras $1900

671

Carta harga XAU/USD pada dagangan Rabu semalam telah melonjak sehingga lebih 500 pips di sesi New York semalam menunjukkan harga emas kembali meningkat semula.

Penurunan harga emas pada sesi Asia ke sesi Eropah semalam dilihat menyambung corak penurunan harga sejak awal minggu yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Namun ketika harga turun hampir menyentuh paras sokongan harga 1900.00 di carta XAU/USD, lonjakan kembali disaksikan sehingga ke paras ketinggian sekitar 1954.00 menembusi paras halangan MA50.

Paras ketinggian yang dicapai pada penghujung sesi New York itu juga merupakan zon rintangan harga pada dagangan minggu sebelum ini.

Pelabur masih lagi memantau faktor yang lebih jelas untuk menilai arah pergerakan harga emas yang selanjutnya.

Berkemungkinan sentimen positif pasaran sebelum ni kembali dicemari oleh insiden tembakan peluru berpandu oleh Beijing di Laut China Selatan sebagai amaran terhadap Amerika Syarikat dan bakal menghangatkan semula hubungan antara dua negara tersebut.

Kenaikan harga emas juga dilihat turut didorong oleh penyusutan pada dagangan US dolar berikutan pelabur berwaspada menjelang acara simposium Jackson Hole dengan ucapan Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell menjadi tumpuan utama.

Dagangan pada hari ini dilihat kembali perlahan dan sedikit penurunan berlaku di sesi Asia sehingg dagangan bersambung ke sesi Eropah.

Jika kenaikan harga emas diteruskan lebih tinggi, paras jangkaan yang bakal dicapai adalah pada paras 2000.00 semula setelah harga turun semula dari paras tersebut minggu lalu.

Dan jika harga kembali membuat penurunan semula, paras 1900.00 akan kembali menjadi tumpuan untuk pelabur melihat reaksi harga pada zon penting tersebut.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat