Gold Nak Naik Balik Ke Ni?

832

Permulaan dagangan bagi emas pada awal September nampaknya bermula dengan baik apabila setelah merekodkan penurunan buat pertama kali pada Ogos dalam tempoh lima bulan.

Logam kuning itu mendaki lebih tinggi pada sesi Asia dengan meningkat menuju kepada paras harga $2,000 per auns di sekitar $1,988 per auns, manakala niaga hadapan emas pula meningkat pada $1,996 per auns (11.30 pagi waktu Malaysia).

Berikutan kejatuhan matawang indeks dolar ke paras terendah dua tahun, menyebabkan permintaan pelabur terhadap safe-haven emas meningkat.

Pengerusi Federal Reserve AS (Fed), Jerome Powell telah mengumumkan satu perubahan besar dalam dasar pada minggu lalu yang membolehkan kadar faedah kekal di tahap terendah walaupun kadar inflasi meningkat lebih tinggi.

Kadar faedah yang rendah cenderung untuk menyokong emas yang merupakan lindung nilai kepada inflasi dan kejatuhan nilai matawang.

Penerbitan data ekonomi, seperti laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada minggu ini bakal menjadi tumpuan utama pasaran sementara perkembangan mengenai pandemik coronavirus juga terus menjadi perhatian.

Krisis pandemik terus memberi ancaman lebih besar di seluruh dunia, dengan lebih daripada 25 juta kes Covid-19 telah direkodkan setakat ini dan jumlah kematian pula menghampiri angka 1 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat