GOLD Pamer Kenaikan – Adakah Ini Petunjuk Baik?

596

Dagangan logam kuning bermula dengan positif pada awal minggu ini dengan didagangkan di atas paras harga $1,900 di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat terhadap kesan lonjakan Covid-19 kepada ekonomi global.

Pada awal sesi Eropah, logam berharga itu diniagakan meningkat 0.5% kepada $1,909 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,913 per auns (3.00 petang waktu Malaysia).

Eropah kini diancam risiko kemelesetan dua kali ganda berikutan gelombang kedua Covid-19 yang melanda benua itu dengan merekodkan peningkatan yang sangat membimbangkan iaitu sebanyak 44% dalam tempoh hanya satu minggu, menurut laporan Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO).

Sementara itu dalam perkembangan terbaru mengenai rundingan bantuan fiskal AS, Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi sekali lagi menyatakan keyakinan beliau bahawa kesepakatan akan dapat dicapai sebelum pilihan raya presiden berlangsung bulan depan.

Namun begitu, Pelosi menetapkan tarikh akhir sehingga Selasa untuk Kongres mencapai kata sepakat.

Dalam pada itu, Presiden Donald Trump dalam kenyataan terbarunya, menyatakan bahawa beliau mahukan pelan rangsangan yang lebih besar daripada yang dicadangkan oleh Pelosi. Bagaimanapun, kemahuannya pasti tidak akan mendapat persetujuan daripada Senat AS yang tegas mahukan pakej bantuan yang lebih kecil.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat