GOLD Semakin Mendaki, Namun Pelabur Tetap Waspada

1,038

Dagangan emas pada Khamis kembali mengukir senyuman di bibir para pelabur berikutan kenaikan pada harga logam kuning tersebut dalam ketidaktentuan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020.

Harga emas yang dipengaruhi oleh perubahan nilai US dolar telah memperlihatkan pergerakan drastik harga sejak awal sesi dagangan pada Rabu bermula pada carta XAU/USD, dengan keputusan undian semasa pilihan raya terus dipantau pasaran.

Pada awal sesi Asia semalam, harga emas telah menjunam sekitar 350 pips dari paras ketinggian 1916.00 pada zon SBR (support become resistance) tersebut.

Harga telah membuat kenaikan dan penurunan dalam julat tersebut sebelum kenaikan dipamerkan pada sesi dagangan yang bersambung pada hari ini (Khamis) susulan mata wang US dolar yang bergerak lemah menjelang mesyuarat FOMC awal pagi Jumaat nanti.

Pada sesi Eropah, harga telah membuat kenaikan pada zon SBR menguji paras ketinggian harga semalam dengan kenaikan lebih tinggi dijangkakan sehingga ke zon resistance 1938.00.

Jika harga berjaya menembusi resistance tersebut, harga emas bakal mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu dengan zon tumpuan adalah pada sekitar 1950.00

Sebaliknya jika harga kembali menjunam semula, harga dilihat akan kembali bergerak di bawah paras penting 1900.00 sebelum paras sokongan harga seterusnya dilihat pada 1875.00.

Kawal risiko dagangan anda sementara menantikan arah pergerakan harga lebih jelas yang dipengaruhi oleh sentimen pilihan raya Presiden AS 2020.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat