GOLD Terbang Tinggi Lagi! Ada Yang Berjaya Kaut Untung?

1,117

Emas melonjak ke paras tertinggi lebih satu bulan ketika jangkaan yang meningkat bahawa Demokrat Joe Biden akan memenangi pilihan raya AS, sekali gus membuka peluang untuk langkah rangsangan yang lebih besar.

Logam berharga itu melonjak tinggi pada $1,952 pada sesi New York sebelum susut sedikit pada sesi Asia. Namun, ia dilihat menyambung semula peningkatan pada awal sesi Eropah dengan meningkat di sekitar harga $1,940 per auns sementara niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,941 per auns.

Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan terbaru mengenai kemungkinan perpecahan dalam Kongres.

Keputusan pilihan raya setakat ini menunjukkan bahawa parti Republik lebih cenderung untuk menguasai Senat, dan ini menyebabkan Demokrat berdepan cabaran besar untuk melaksanakan perubahan dalam menggubal polisi fiskal sekiranya Joe Biden menang pilihan raya ini.

Ini termasuk mengurangkan peluang untuk meluluskan langkah rangsangan yang lebih besar daripada Kongres walaupun pandemik Covid-19 terus mengancam ekonomi negara.

Dalam pada itu, keputusan mesyuarat polisi FOMC sesi November menyaksikan Federal Reserve (Fed) AS mengekalkan kadar faedah pada julat sasaran 0-0.25% seperti dijangkakan secara meluas sekali lagi mengulangi komitmen mereka untuk menggunakan pelbagai alat untuk menyokong ekonomi AS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat