GOLD Terima Tamparan Hebat Gara-gara Fed!

1,322

Emas terjun ke paras terendah satu bulan selepas Federal Reserve (Fed) memberi unjuran optimis terhadap pertumbuhan ekonomi dan isyarat bahawa kadar faedah akan dinaikkan menjelang akhir tahun 2023.

Harga emas menjunam ketara ke lautan merah, gagal mempertahankan keuntungan yang diraih pada awal sesi.

Bagaimanapun, berikutan penurunan 2.5% pada sesi sebelumnya ke tahap terendah sejak 6 Mei di sekitar $1,803 per auns, spot emas sedikit meningkat pada sesi Asia hari ini dengan didagangkan pada $1,823 per auns.

Jangkaan dua kenaikan kadar faedah pada akhir tahun 2023, ternyata telah mengejutkan pasaran yang pada awalnya menjangkakan Fed akan memberi petunjuk untuk mengurangkan pembelian bonnnya.

Kenyataan optimis Pengerusi Fed, Jerome Powell terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi yang dijangka meningkat lebih kuat pada tahun ini, juga telah mendorong matawang US dolar melonjak tinggi berbanding pesaing utamanya.

Menurut Powell, unjuran optimis ini telah disokong oleh kemajuan dalam vaksinasi dan sokongan dasar yang kuat, sekali gus mendorong peningkatan lebih kukuh dalam aktiviti ekonomi dan pekerjaan di AS.

Dalam pada itu, beliau juga terus mengulangi pandangannya bahawa kenaikan inflasi akan bersifat sementara.

Berdasarkan unjuran Fed, inflasi dijangka akan meningkat jauh lebih tinggi pada 3.4% pada tahun 2021 daripada 2.4% sebelum ini, tetapi dijangka perlahan semula kepada 2.1% pada 2022.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat