GOLD Tiba-tiba Hilang Rentak, Apa Kes Ni?

376

Kilauan emas kembali kelam pada awal minggu setelah kerugian lebih 1% pada akhir dagangan minggu lalu di tengah-tengah kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi FOMC.

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan suram pada sekitar harga $1,643 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,645 per auns.

US dolar pula didagangkan mendatar susulan peningkatan yang diraih akhir dagangan minggu lalu selepas menyaksikan bacaan data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) Amerika Syarikat yang lebih kuat.

PCE yang menjadi pilihan utama Fed untuk ukuran inflasi, meningkat 0.5% pada September sejajar dengan kenaikan yang dicatatkan pada bulan Ogos.

Ini kembali menguatkan jangkaan pelabur untuk kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas oleh Fed pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).

Turut membataskan dagangan emas adalah kebangkitan semula hasil bon AS 10 tahun pada sekitar tahap 4.00% ketika sesi Asia.

Dalam pada itu, penerbitan laporan pekerjaan NFP AS pada Jumaat juga menjadi tumpuan utama pasaran bagi melihat tahap kesihatan pasaran buruh dan ekonomi negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat