Goldman Sach: Ada Industri di US yang akan Menderita Dibawah Pentadbiran Trump

44

Selepas beberapa tahun mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang rendah, Wallstreet kini boleh berharap lonjakan dalam pasaran ekuiti berikutan Trump mengambil tampuk pemerintahan. Ramai penganalisis di Wallstreet ketika ini begitu teruja dengan dasar dan impak yang akan dibawa oleh bakal Presiden US ini.

Jika dilihat daripada data di Goldman Sach. Indeks yang dibuat oleh penganalisis untuk pertumbuhan di kesemua sektor dalam Indeks S&P 500, menunjukkan keyakinan kepada pemerintahan Trump.

Sebelum ini pasaran tertanya-tanya tentang kesan pilihanraya presiden US kepada syarikat-syarikat di setiap sektor. Ada penganalisis mengatakan, tahap impak pentadbiran baru kepada sektor di Wallstreet masih belum dapat ditentukan. Walaubagaimanapun, majoriti sektor ini memberikan jangkaan positif kepada hal ini dengan pemotongan kadar cukai yang begitu tinggi dan rangsangan fiskal sehingga $1 trillion akan melonjakkan dan merancakkan lagi ekonomi US.

Goldman Sach bukanlah yang pertama memberikan jangkaan positif kepada pentadbiran Trump. Dubravko dan Kolanovic, penganalisis kuantitatif di JPMorgan Chase juga pernah menulis tentang polisi Trump yang cenderung kepada pertumbuhan walaupun dasar yang spesifik belum dapat diketahui.

Mereka menulis pada minggu ini yang mana kempen yang menjanjikan pertumbuhan ekonomi tinggi ini akan memberikan impak positif kepada S&P 500. S&P 500 boleh meningkat $20 bagi setiap unit saham dalam beberapa tahun ke hadapan.

Penganalisis ini mengatakan, “masih sukar untuk menyatakan bagaimana polisi itu memberi impak kepada pasaran nanti”. “Majoriti dasar Trump adalah pro-pertumbuhan kepada ekuiti dan jika ini hanyalah retorik, ia akan memberikan kejatuhan yang signifikan kepada ekonomi”. Penganalisis dilihat skeptikal kepada bekas pengasas syarikat hartanah multi-bilionaire ini.

Menurut Thakkar dan tim, sudah tentu tiada kepastian kepada sama ada kesemua industri akan mendapat impak positif. Penganalisis Goldman ini menjangkakan akan ada industri yang gagal mendapat impak positif dan ada juga akan menderita di bawah Trump.

Beberapa responden mengatakan, hasil dari pilihanraya ini akan memberi kesan negatif kepada sektor automobil, aeroangkasa, clean-energy, dan pertanian.

Walaubagaimanapun, ramai penganalisis Goldman Sach menunjukkan keyakinan, manakala Ketua Strategi Ekuiti David Kostin pula berpendapat sebaliknya. Beliau dan kumpulan penganalisis di bawahnya berpendapat ‘Harapan’ yang semakin memuncak sejak kejutan pilihanraya presiden lepas ini akan semakin suram apabila Presiden ke-45 ini berada dalam pentadbiran selama beberapa bulan.

Kebimbangan akan mula dirasai semasa penggal kedua 2017 yang mana S&P 500 akan berakhir di paras 2,300. Walaupun paras ini merupakan 5% lebih tinggi daripada dagangan hari ini, tetapi ia merupakan kejatuhan 5% dalam jangkaan Kostin yang berpendapat S&P 500 mampu berada di paras 2,400 tahun hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat